25 Mei 2022, Cheras - Bagi memastikan penyampaian perkhidmatan Belia dan Sukan dapat disampaikan dengan lebih meluas di peringkat akar umbi, satu inisiatif oleh Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak untuk mengadakan Projek Kolaboratif Pendigitalan bersama Google melalui Blogger.
Blogger yang dimiliki oleh Google merupakan suatu platform penyampaian maklumat yang telah lama berkembang pesat dan matang dalam dunia pendigitalan.
Projek ini merupakan usaha yang berterusan bagi memanfaatkan kemudahan yang telah disediakan oleh Google melalui platform BLOGGER.
Bagi merancakkan perkembangan digital dan mengembangkan platform penyampaian maklumat Belia dan Sukan di Parlimen Cheras dan Bandar Tun Razak, diharap agar usahasama diantara Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak bersama Google melalui Blogger ini dapat dimanfaatkan oleh golongan belia dan masyarakat di Parlimen Cheras dan Bandar Tun Razak untuk mendapatkan berita terkini, maklumat program serta aktiviti yang berlangsung di Parlimen Cheras dan Bandar Tun Razak sepanjang tahun.
Laman rasmi Blogger Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak seperti di pautan https://pbskcherasbandartunrazak.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment