Total Pageviews

Sunday 26 June 2022

KUNJUNG HORMAT PERGERAKAN BELIA INSPIRASI KE ATAS PEGAWAI BELIA DAN SUKAN KAWASAN CHERAS/BANDAR TUN RAZAK


KAMPUNG PANDAN, 26 Jun 2022 - Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak pada hari ini telah menerima delegasi kunjung hormat daripada Presiden dan ahli Pergerakan Belia Inspirasi.

Seramai 12 orang ahli Pergerakan Belia Inspirasi turut serta hadir kunjung hormat yang telah berlangsung bertempat di Bilik Mesyuarat Lembah Pantai.

Presiden Pergerakan Belia Inspirasi telah memperkenalkan barisan kepimpinan Pergerakan Belia Inspirasi Sesi 2022-2024. Sebanyak 4 cadangan kertas kerja telah dibentangkan untuk kerjasama program pada masa hadapan.

Terima kasih kepada Presiden dan ahli Pergerakan Belia Inspirasi kerana telah sudi mengadakan kunjung hormat ke atas Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak.

Disediakan oleh
Unit Berita
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan
Cheras/Bandar Tun Razak

Saturday 25 June 2022

MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR


BUKIT KIARA, 25 Jun 2022 - Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sidang II, Penggal Ke-33 Sesi 2021-2022 telah selesai berlangsung di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort Kuala Lumpur.

Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak hadir sebagai ahli Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Disediakan oleh
Unit Berita
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan
Cheras/Bandar Tun Razak

Monday 20 June 2022

MALAYSIA SPORTS LEAGUE PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR


20 Jun 2022 - BAHANG kian terasa untuk Kontinjen Cheras Bandar Tun Razak bersama-sama bersaing di pentas Malaysia Sports League Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

5 jenis sukan akan dipertandingkan iaitu Badminton Berpasukan, Futsal Lelaki & Wanita, Bola Jaring, Bola Keranjang 3X3 Lelaki & Wanita dan Sepak Takraw.

Disediakan oleh
Unit Berita
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan
Cheras/Bandar Tun Razak

HARI BELIA NEGARA PERINGKAT KAWASAN CHERAS BANDAR TUN RAZAK


20 Jun 2022 - Nantikan pengumuman aktiviti bagi 6 Segmen Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Cheras Bandar Tun Razak.

6 Segmen tersebut adalah:

1. Segmen Modal Insan
2. Segmen Ekonomi
3. Segmen Dari Belia Untuk Belia
4. Segmen Gaya Hidup Aktif
5. Segmen Seni Kreatif dan Digitalisasi
6. Segmen Kenegaraan dan Patriotisme

Disediakan oleh
Unit Berita
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan
Cheras Bandar Tun Razak

PROGRAM 1000 LIGA


20 Jun 2022 - Rasai kehangatan Program 1000 Liga yang merupakan program baharu dan terkini di Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras Bandar Tun Razak.

Sebanyak 7 SUKAN akan dipertandingkan sepanjang program 1000 Liga ini berlangsung. 

Antara sukan tersebut adalah Ping Pong, Badminton dan Catur serta 4 lagi sukan yang pastinya MENARIK minat anda.

Ikuti kami dengan lebih rapat untuk mengetahui 4 lagi jenis sukan yang akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

Program 1000 Liga

Disediakan oleh
Unit Berita 
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan
Cheras Bandar Tun Razak

Sunday 19 June 2022

KIRAAN DETIK MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN CHERAS BANDAR TUN RAZAK KE MALAYSIA SPORTS LEAGUE PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

 


Jangan lupa sertai kami dalam KIRAAN DETIK ke Malaysia Sports League Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pasukan Johan dan Naib Johan sewaktu Malaysia Sports League Peringkat Kawasan Cheras Bandar Tun Razak akan mewakili kita semua warga Parlimen Cheras Bandar Tun Razak ke Malaysia Sports League Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sebanyak lima jenis sukan akan dipertandingkan iaitu Badminton Berpasukan, Bola Jaring, Futsal Lelaki dan Wanita, Bola Keranjang 3x3 Lelaki dan Wanita dan Sepak Takraw.

Selamat Maju Jaya!

Jangan lupa sertai kami dalam Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen yang akan diadakan bagi meningkatkan semangat juang pasukan Cheras Bandar Tun Razak.

LOGO PEJABAT BELIA DAN SUKAN KAWASAN CHERAS/BANDAR TUN RAZAK

 


19 Jun 2022 - Hari ini satu detik bersejarah telah tercipta apabila Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak telah memperkenalkan Logo bagi menunjukkan identiti dan ciri khas Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak.

Logo tersebut menunjukkan komitmen Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak dalam memegang amanah pembangunan belia dan sukan di Parlimen Cheras dan Bandar Tun Razak.

Keterangan logo:
Bulatan : semangat muafakat warga kerja dan pemegang taruh akar umbi
5 bintang : 5 orang warga kerja yang komited dalam melaksanakan tugas
Lambang Harimau : semangat jitu dalam melaksanakan tugas
Daun emas : pematuhan kepada Prinsip Rukun Negara dalam melaksanakan tugas
Warna biru : Semangat perpaduan dalam kalangan warga kerja dan pemegang taruh akar umbi
Warna kuning : Ketelusan dalam melaksanakan tugasan

Disediakan oleh
Unit Berita
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan
Cheras/Bandar Tun Razak



Saturday 18 June 2022

BENGKEL TADBIR URUS PERTUBUHAN BELIA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR


CHERAS, 18 Jun 2022 - Telah selesai Bengkel Tadbir Urus yang dikelolakan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Tengah.

Satu sesi fotografi untuk kenangan bersama-sama tetamu jemputan dan semua ahli-ahli Pertubuhan Belia yang hadir.

Encik Javiques Badana anak Joannis, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan turut hadir mengikuti sesi bengkel pada hari ini.

Disediakan oleh
Unit Berita
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan
Cheras/Bandar Tun Razak

Thursday 16 June 2022

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN TAHUN 2021

 

BUKIT KIARA, 17 Jun 2022 - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Tahun 2021 telah selesai diadakan secara hybrid. Majlis telah disempurnakan secara fizikal di Sama-Sama Hotel, Sepang dan ZOOM atas talian pada pagi ini.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu, Menteri Belia dan Sukan.
Seramai enam orang pegawai dan kakitangan dari Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021.
Ucapan tahniah dan syabas kepada Encik Javiques Badana anak Joannis, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak yang telah menerima penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021.
Semoga tuan terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan bermutu tinggi kepada belia dan pemegang taruh sukan di Parlimen Cheras dan Bandar Tun Razak.
Syabas dan Tahniah.
Disediakan oleh
Unit Berita
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan
Cheras/Bandar Tun Razak






Monday 13 June 2022

BULETIN 0.1 PEJABAT BELIA DAN SUKAN KAWASAN CHERAS/BANDAR TUN RAZAK

Buletin 0.1 merupakan manifesto Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak untuk berkongsi program serta aktiviti pembangunan Belia dan Sukan yang berlangsung di sekitar Parlimen Cheras dan Bandar Tun Razak bermula dari bulan Januari sehingga Jun tahun 2022.

Buletin PBSK Cheras/Bandar Tun Razak ini akan diterbitkan sebanyak dua kali setahun bagi memberikan maklumat kepada masyarakat berkaitan program dan aktiviti semasa di Parlimen Cheras dan Bandar Tun Razak.

Untuk tetamu Buletin 0.1 ini sendiri kita akan menampilkan Encik Javiques Badana anak Joannis, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak dalam kolum PERKONGSIAN.

Disediakan oleh
Unit Berita
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan
Cheras/Bandar Tun Razak

Saturday 11 June 2022

MAJLIS PENUTUPAN SEPAK TAKRAW MALAYSIA SPORTS LEAGUE


SUNGAI BESI, 11 Jun 2022 - Majlis penutupan dan penyampaian hadiah Sepak Takraw Malaysia Sports League Peringkat Kawasan Bandar Tun Razak telah disempurnakan oleh Encik Javiques Badana anak Joannis, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang akan mewakili Parlimen Bandar Tun Razak ke peringkat negeri pada bulan Julai.

Senarai pemenang seperti berikut:

Johan : Seri Melaka Titan 2
Naib Johan : BRTC
Ketiga bersama : Cheras Cop A & Sri Melaka Titan 1

Syabas dan tahniah.

Disediakan oleh
Unit Berita
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan
Cheras/Bandar Tun Razak

Friday 10 June 2022

SEPAK TAKRAW MALAYSIA SPORTS LEAGUE PERINGKAT KAWASAN BANDAR TUN RAZAK


SG. BESI, 11 Jun 2022 - Sedang berlangsung acara Sepak Takraw Malaysia Sports League Peringkat Kawasan Bandar Tun Razak.

Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak pada kali ini telah memilih lokasi pelaksanaan di Balai Bomba Sg. Besi.

Sebanyak 12 pasukan telah mendaftar dan sedang bertarung sengit bagi merebut gelaran Johan dan Naib Johan yang mana akan mewakili Parlimen Bandar Tun Razak ke Peringkat Negeri pada bulan Julai akan datang.

Disediakan oleh
Unit Berita
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan
Cheras/Bandar Tun Razak

SAMBUTAN FESTIVAL KAAMATAN DAN GAWAI

KUALA LUMPUR, 10 Jun 2022 - Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak telah hadir ke Festival Kaamatan dan Gawai anjuran SMART College yang telah diadakan di Tingkat 1, SMART College.

SMART College merupakan rakan kongsi dan rakan strategik kepada Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak dalam melaksanakan program dan aktiviti pembangunan belia dan sukan.

Pelbagai aktiviti seperti jamuan makanan tradisional, tarian tradisional, pertandingan nyanyian (Sugandoi), pertunjukan fesyen dan pelbagai lagi aktiviti telah diadakan sempena Festival Kaamatan dan Gawai ini.

Disediakan oleh
Unit Berita
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan
Cheras/Bandar Tun Razak

KUNJUNG HORMAT PERGERAKAN BELIA INSPIRASI KE ATAS PEGAWAI BELIA DAN SUKAN KAWASAN CHERAS/BANDAR TUN RAZAK

KAMPUNG PANDAN, 26 Jun 2022 - Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak pada hari ini telah menerima delegasi kunj...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri