Total Pageviews

Friday 27 May 2022

Kejohanan Bola Jaring Malaysia Sports League

28 Mei 2022, Kg. Pandan - Telah selesai Kejohanan Bola Jaring Malaysia Sports League Peringkat Kawasan Bandar Tun Razak.

Tahniah diucapkan kepada kumpulan yang telah bertanding dan memenangi Kejohanan Bola Jaring Malaysia Sports League ini.

Johan : Semat
Naib Johan : Hustlers
Ketiga bersama : JaguarS & UMNC

MEDIUM TIKTOK PENYERI PUSAT PENYALURAN MAKLUMAT PEJABAT BELIA DAN SUKAN KAWASAN CHERAS/BANDAR TUN RAZAK


27 Mei 2022 - Bagi meningkatkan lagi mutu kerja yang efisien dan efektif, Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak telah menyertai saluran TikTok.

Melalui penglibatan dalam medium TikTok ini, Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak telah berjaya menambah satu lagi saluran penyampaian maklumat belia dan sukan di Parlimen Cheras dan Bandar Tun Razak.

Pusat Penyaluran Maklumat Rasmi sedia ada melibatkan medium Media Sosial adalah Facebook, Instagram, Twitter, Blogspot, Youtube dan yang terkini TIKTOK.

Sertai kami di TikTok melalui pautan berikut:

https://vt.tiktok.com/ZSdVHXhM7/

Jangan lupa like dan follow kami

#FYP

Thursday 26 May 2022

SELAMAT HARI GAWAI DAYAK TAHUN 2022

Hari Gawai Dayak merupakan sambutan perayaan yang sinonim dengan masyarakat Negeri Sarawak, Bumi Kenyalang.

Gawai bermaksud festival dan Dayak nama kolektif untuk orang pribumi di Sarawak, Kalimantan dan pedalaman Borneo.

Gawai Dayak diadakan pada peringkat daerah, bahagian dan negeri di Sarawak. Acara yang memeriahkan suasana perayaan Gawai Dayak sudah tentunya Pertandingan Ratu dan Raja Gawai yang dikenali sebagai Kumang Gawai dan Keling Gawai

Pesta ini disambut sebagai hari kesyukuran atas hasil tuaian yang melimpah-ruah dan masa untuk merancang musim penanaman yang baru.

Selamat Hari Gawai Dayak Tahun 2022

"Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua"

Sumber : Wikipedia

SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN TAHUN 2022

Pesta Kaamatan merupakan acara tahunan dalam kehidupan budaya Kadazandusun Murut Sabah sejak dahulu lagi. Pesta Kaamatan amat sinonim dengan Negeri Sabah, Negeri di Bawah Bayu.



Pesta ini adalah amalan tradisi Kaum Kadazandusun Murut dan disambut pada 30 dan 31 Mei setiap tahun.

Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau.

Tarian unik dengan iringan paluan gong ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.

Selain itu, pesta ini turut dimeriahkan dengan pertandingan Sugandoi atau nyanyian, pertunjukan bina badan, sukan rakyat, pertandingan Unduk Ngadau dan persembahan kraftangan.

Selamat Hari Kaamatan Tahun 2022

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan


Sumber : Wikipedia

Tuesday 24 May 2022

BOLA JARING MALAYSIA SPORTS LEAGUE PERINGKAT KAWASAN CHERAS/BANDAR TUN RAZAK

25 Mei 2022, Cheras - Pelaksanaan Kejohanan Bola Jaring MSL yang akan berlangsung pada 28 dan 29 Mei 2022 ini akan diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pelbagai persiapan telah diadakan bagi menjamin kelancaran kejohanan pada hujung minggu ini.


Jumpa anda disana. Jangan lupa hadir memberikan sokongan kepada pasukan pilihan anda.

PROJEK KOLABORATIF PENDIGITALAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN KAWASAN CHERAS/BANDAR TUN RAZAK

25 Mei 2022, Cheras - Bagi memastikan penyampaian perkhidmatan Belia dan Sukan dapat disampaikan dengan lebih meluas di peringkat akar umbi, satu inisiatif oleh Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak untuk mengadakan Projek Kolaboratif Pendigitalan bersama Google melalui Blogger.

Blogger yang dimiliki oleh Google merupakan suatu platform penyampaian maklumat yang telah lama berkembang pesat dan matang dalam dunia pendigitalan.

Projek ini merupakan usaha yang berterusan bagi memanfaatkan kemudahan yang telah disediakan oleh Google melalui platform BLOGGER.

Bagi merancakkan perkembangan digital dan mengembangkan platform penyampaian maklumat Belia dan Sukan di Parlimen Cheras dan Bandar Tun Razak, diharap agar usahasama diantara Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak bersama Google melalui Blogger ini dapat dimanfaatkan oleh golongan belia dan masyarakat di Parlimen Cheras dan Bandar Tun Razak untuk mendapatkan berita terkini, maklumat program serta aktiviti yang berlangsung di Parlimen Cheras dan Bandar Tun Razak sepanjang tahun.

Laman rasmi Blogger Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak seperti di pautan https://pbskcherasbandartunrazak.blogspot.com/

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1kiM_4bnfBrKbR0_6JuQL4bKVaM85cEaV

PELANCARAN UNIT BERITA PEJABAT BELIA DAN SUKAN KAWASAN CHERAS/BANDAR TUN RAZAK

24 Mei 2022, Cheras - Bagi memastikan penyampaian maklumat dapat disalurkan dengan lebih berkesan, Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak pada hari yang penuh bersejarah ini telah melancarkan Unit Berita.

Unit Berita ini diwujudkan bagi memastikan maklumat-maklumat berkaitan program, aktiviti dan pelbagai maklumat berkaitan kerajaan amnya dan Kementerian Belia dan Sukan khasnya dapat disampaikan dengan efisien dan efektif.

Melalui Unit Berita ini, semua medium media sosial rasmi akan dirasionalisasikan secara sync bagi memastikan maklumat dapat disampaikan dengan tepat dan menyeluruh di semua media sosial rasmi Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak.

PROJEK KOLABORATIF PENDIGITALAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN KAWASAN CHERAS/BANDAR TUN RAZAK

24 Mei 2022, Kuala Lumpur - Sejajar dengan kemajuan teknologi dan pendigitalan, Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak telah berkerjasama dengan satu entiti untuk mewujudkan saluran maklumat rasmi baharu Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak.

Saluran maklumat rasmi ini diwujudkan bagi mengembangkan lebih banyak saluran penyampaian maklumat, berita, program dan aktiviti di Parlimen Cheras dan Bandar Tun Razak.

Nantikan pengumuman rasmi berkaitan projek kolaboratif pendigitalan ini.

KUNJUNG HORMAT PERGERAKAN BELIA INSPIRASI KE ATAS PEGAWAI BELIA DAN SUKAN KAWASAN CHERAS/BANDAR TUN RAZAK

KAMPUNG PANDAN, 26 Jun 2022 - Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak pada hari ini telah menerima delegasi kunj...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri