24 Mei 2022, Cheras - Bagi memastikan penyampaian maklumat dapat disalurkan dengan lebih berkesan, Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak pada hari yang penuh bersejarah ini telah melancarkan Unit Berita.
Unit Berita ini diwujudkan bagi memastikan maklumat-maklumat berkaitan program, aktiviti dan pelbagai maklumat berkaitan kerajaan amnya dan Kementerian Belia dan Sukan khasnya dapat disampaikan dengan efisien dan efektif.
Melalui Unit Berita ini, semua medium media sosial rasmi akan dirasionalisasikan secara sync bagi memastikan maklumat dapat disampaikan dengan tepat dan menyeluruh di semua media sosial rasmi Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak.
No comments:
Post a Comment